Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh mula beroperasi pada 1 Disember 1998. Pada waktu itu, pertubuhan beroperasi di atas nama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Tua Daerah Kinta, Perak (Hawa Kinta). Pertubuhan ini bertempat di JKR. No. 158/3, Jalan Taman Pari, Ipoh. Pengasas pada masa itu ialah Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin. Pada bulan 5, 2003 pertubuhan ini telah berpindah ke alamat No. 79, 80, 89 & 90, Jalan Sungai Pari, 30200 Ipoh, Perak yang terdiri daripada bangunan empat buah berkembar kuarters kerajaan.

        Kuarters ini disewa dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) dengan kadar sewa sebanyak RM300 sebulan. Pertubuhan ini telah diambil alih oleh anak Allahyarham Haji Abdul Wahab bin Yeop Ariffin, iaitu Encik Abdul Wahadi bin Haji Abdul Wahab. Pada tanggal 30hb Mei 2006, pertubuhan  ini telah didaftarkan serta beroperasi di atas nama yang baharu iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh ini telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. Nombor pendaftaran bagi pertubuhan ini adalah 0604-06-PRK. Pertubuhan ini juga terdiri daripada ahli gabungan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

        Pada masa kini, anak-anak yatim  di bawah kelolaan dan jagaan pertubuhan ini adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada tujuh (7) orang lelaki dan lapan (8) orang perempuan. Mereka berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 64 tahun. Kategori anak-anak yatim di bawah penjagaan pertubuhan ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan. Kemasukan anak-anak yatim ke dalam pertubuhan ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan ini. Ahli jawatankuasa di dalam pertubuhan ini adalah seramai 10 orang di mana 5 orang bekerja secara sukarela manakala seramai 4 orangpekerja tetap yang dibayar gaji pada setiap bulan.

        Di samping itu, pertubuhan ini mempunyai sebuah asrama lagi di Jalan Manjoi, yang di kenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar-Ridwani yang beralamat di No. 22 & 22A, Jalan Manjoi, Taman Pari, 30100 Ipoh, Perak. Pertubuhan Ar-Ridwani ini diuruskan oleh Puan Norwahi binti Haji Abdul Wahab iaitu kakak kepada Encik Abdul Wahadi bin Haji Abdul Wahab. Persamaan di antara Pertubuhan Hawa Kinta dengan Pertubuhan Ar-Ridwani ini adalah dari segi hal-hal pentadbiran serta pengurusan dari segi melibatkan hal-hal kewangan, ia akan diasingkan dan diuruskan oleh pertubuhan masing-masing. Bank yang digunakan oleh Pertubuhan Hawa Kinta ini adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

     Kebanyakan anak-anak yatim ini bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang berdekatan dengan asrama bagi memudahkan mereka berjalan kaki ke sekolah yang berdekatan. Bagi anak-anak yatim yang bersekolah di kawasan yang jauh dari asrama, pihak pertubuhan telah menyewakan mereka sebuah bas sekolah.


Created with Artisteer

3 comments:

  1. assalammualaikum...saya mohamad ferdous bin sirun dari institut kemahiran mara lumur,perak....saya ingin bertanya kepada pihak tuan.saya wakil dari ahli jawatan kuasa surau al makmur ingin membuat satu program di tempat tuan...nama proram kami adalah MASIH AA YANG SAYANG...sehubungan dengan itu kami ingin membuat khidmat masyarakat di tempat tuan...tarikh yang kami jangka akan buat adalah 21/9/2013 tarikh ini tidak tentu lagi hanya jangkaan sahaja...adakah pihak tuan ada tarikh lain....sekian

    no tel:0125737348
    email:fdaus351@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. maaf maaf... main main ja... jangan mkarah lah yew..... by the way... good luck

    ReplyDelete

Search

Selamat Datang

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat Datang ke Laman Web Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh.

Sumbangan

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun."

Satu daripadanya berkata: "Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Surat Sumbangan

Blogroll

  • 2016 - Assalammualaikum. Hai semua. Lama aku tak update entry kali ni. Alhamdulillah, saya sudah selesai cuti tanpa gaji serta cuti bersalin. Anak pun dah 8 b...
    8 years ago
Powered by Blogger.